Friday, November 11, 2011

5 WaNiTa PeSaiNg IsTeRi

Rasa cemburu memang mendampingi wanita baik yang masih bujang apatah lagi yang sudah berumahtangga. Cemburu yang paling selalu bersarang dalam hati tentunya terhadap pasangan. Biarpun si suami mencintai diri sepenuh hati dan membuktikannya melalui ucapan dan tingkah lakunya namun biasanya tetap ada sekelumit perasaan cemburu hadir.

Namun kadangkala rasa cemburu seorang isteri itu tidak kena pada tempatnya. Harus dimaklumkan bahawa, meskipun anda isterinya masih ada lagi wanita-wanita lain yang penting dalam hidup seoramg suami. Selalunya wanita inilah yang dicemburui oleh si isteri malah dianggap sebagai pesaing mereka. Seharusnya ini tidak berlaku, anda sebagai isteri harus belajar menerima kehadiran mereka kerana wanita ini sebenarnya terlebih dahulu hadir dalam hidup suami sebelum anda.


1. Ibunya

---> Anda takkan dapat melawan wanita yang seorang ini. Biar betapa hebat sekali pun kerjaya anda dan sepandai mana pun anda memasak takkan mampu menandingi ibunya. Begitu juga dengan suami anda sendiri, biar bagaimana tinggi sekali pun jawatannyadi pejabat namun di hadapan ibu, dia tetap anak lelaki yang memerlukan curahan kasih sayang seorang ibu.
---> Oleh itu, jangan sesekali menempatkan dirinya sebagai pesaing anda atau meletakkan dinding pemisah dengan wanita yang bergelar ibu mentua anda. Seeloknya bina perhubungan yang akrab dan harmonisnya. Suami biasanya akan melihat keakraban isteri dengan ibunya sebagai satu kebahagiaan dan ketenangan buat dirinya.

2. Si kakak
---> Wanita ini juga jangan dianggap saingan oleh sang isteri. Walaupun kedudukannya di hati suami tidak setinggi ibu tapi ia tetap mendapat tempat teratas di hati suami. Si kakak boleh jadi tempat rujukan dan sahabat paling rapat untuk pasangan anda. Oleh itu tetap hormati dirinya walaupun mungkin ia hampir sebaya dengan anda.
---> Dalam pada itu seorang kakak boleh jadi semakin penting dalam kehidupan suami terutama jika ibu yang dicintai telah tiada. Fungsi seorang kakak mungkin akan bertukar menjadi seorang ibu buat dirinya. Maka kakak ipar bukanlah wanita yang boleh anda cemburui kalau boleh jadikan ia sebagai sahabat rapat.

3. Sahabat wanita
---> Bagi siapa pun, tak terkecuali suami anda sendiri, sahabat merupakan insan terdekat sekaligus orang kepercayaan untuk berkongsi suka duka. Pada sahabatlah selalunya segala masalah diluahkan malah kadang-kadang ada yang lebih rela meluahkannya kepada sahabat terlebih dahulu berbanding pasangan.
---> Namun jika sahabat baik bagi suami untuk dia meluah rasa merupakan seorang wanita, sukar bagi seorang isteri menerimanya. Pasti dalam hati isteri bukan saja ada rasa cemburu malah terselit juga perasaan kurang senang meliat perhubungan seperti ini.

4. Rakan sekerja Wanita
--->Meskipun anda bekerja dibawah satu bumbung yang sama dengan suami bukan beerti anda harus selalu mengawasi gerak-gerinya. Itu agak keterlaluan dan akan membuat pasangan berasa stres.
---> Meskipun suami perlu banyak berinteraksi dengan rakan kerja wanitanya, tapi cuba kawal perasaan cemburu dan lihat dari sudut positif. Kalau anda hanya memandangnya dengan rasa cemburu yang penuh negatif, anda akan dilihat bersikap keanak-anakan.
---> Bagi hindari perasaan sebegini, perkara pertama yang perlu anda terapkan dalam diri anda adalah MEMPERCAYAI SUAMI. Berikan kepercayaan sepenuhnya untuk dia menunjukkan prestasinya di pejabat. Sikap ini sebenarnya akan membuatkan hati anda lebih tenang tanpa dibayang rasa takut kehilangan suami atau berprasangka buruk.

5. Bekas kekasih
---> Isteri mana yang tidak cemburu dan marah bila suami bercerita atau kembali berhubungan dengan bekas kekasihnya...??? Tapi bagaimana situasi itu sesuatu yang tidak dapat dielak misalnya kerana urusan kerja dan ia sesuatu yang tidak disengajakan.
---> Sekiranya ia tidak mengganggu hubungan anda suami isteri maka cubalah untuk memberi izin kepada suami menyelesaikan urusan mereka. Jangan pula kerana anda cemburu maka pekerjaan suami terpaksa tertangguh atau tidak terlasana.
---> Namun, jika urusan itu mengambil masa yang lama maka hati-hati kepada petanda cinta lama kembali bersemi. Ambil tindakan segera jika anda melihat ada bibit cinta kembali berputik anatara keduanya.





Sumber: Mingguan Wanita (May 14-20)

No comments:

Post a Comment