Monday, June 13, 2011

4 SyaRaT aNDai iNGiN BaHaGiA...

Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia.....



1) CINTAILAH DIRI SENDIRI SEBELUM KAMU MENCINTAI ORANG LAIN


---> Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengenepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar KEKASIH. Inilah kesilapan paling besar. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.



2) PUNYA PENDIRIAN YANG TETAP

---> Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang disayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan kamu.



3)BAHAGIKAN HIDUP KAMU DENGAN HAL - HAL YANG LAIN

---> Paling sering berlaku, apabila kamu telah memyanyangi seseorang sepenuh hidup kamu akan dihabiskan untuk si dia sahaja. Jangan lupa hidup ini bila kita bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu CINTA, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup dengan CINTA, KERJAYA, KELUARGA, HOBI dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.



4) BERKORBAN BIARLAH BERPADA - PADA

---> Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Sekiranya si dia ingin gembira maka kaum juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.





p/s Cik YB: Tidak semua yang kita harapkan dalam dunia ini termasuklah dalam hal cinta begitu mudah untuk dikecapi. Ada diantara kita harus akur berhadapan dengan KEGAGALAN dan KEKECEWAAN. Mungkin pahit untuk ditelan namun anggaplah untuk bertemu dengan orang yang TEPAT dan SESUAI, mungkin kamu perlu bertemu dengan orang yang SALAH terlebih dahulu. Dari situ kamu akan lebih mengenal yang mana KACA dan yang mana PERMATA.

Sumber: Remaja Julai 2010

No comments:

Post a Comment