Saturday, August 28, 2010

TiPs CinTa 'MuDa' KeTiKa TuA

  • Istiqamah solat berjemaah dengan pasangan. Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan ALLAH.


  • Jangan abaikan makan bersama di rumah. Jika boleh, makan dalam bekas yang sama sekali - sekala.



  • Berkebun atau memasak bersama. Berkongsi hobi atau minat bersama.



  • Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan.



  • Bercerita sambil mengimbau kenangan - kenangan manis bersama.



  • Lawati semula tempat - tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan, lokasi tempat anda "berbulan madu" dan sebagainya.



  • Ziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini.



  • Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem - filem yang boleh mengembalikan kenangan manis bersama.



  • Ziarah pusara ahli keluarga atau sahabat - sahabat rapat anda berdua.



  • Sekali -sekala buat kejutan dengan memberi hadiah, kad ucapan, sekuntum bunga atau jemputan makan di luar.

p/s Cik YB: Biarlah CINTA terus mekar walaupun sudah berusia...(^^,)

Tuesday, August 17, 2010

10 PeTaNDa Dia JoDoH KiTa

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, August 11, 2010

BiBiR SeGaR, biarpun BERPUASA















Bulan Ramadan sudah memasuki minggu kedua, selain menahan lapar dan dahaga, kulit juga mengalami sedikit perubahan. Antaran ya, kulit yang berseri kini agak pucat dan tidak bermaya. Selain itu, masalah lain yang terpaksa di hadapi sesetengah wanita adalah bibir kering dan pecah-pecah. Ini kerana, tubuh kekurangan air. Lantas, tubuh yang kehilangan air akan membuatkan bibir menjadi kering.

Seperti kita sedia maklum, selain wajah, bibir yang menarik dan sihat menjadi tunjang dalam kecantikan wajah. Oleh yang demikian, kesihatan bibir perlu dijaga. Bibir yang pecah menyebabkan lipstik yang dipakai tidak melekat dengan baik, sedikit sebanyak mengganggu penampilan. Bagi mengatasi masalah bibir kering dan pecah-pecah, ketahui apa penyebab bibir kering dan pecah-pecah. Antaranya, pencemaran udara dan debu, perubahan suhu, kebiasaan minuman berkafien, kurangnya pengambilan bush atau sayuran, kurang minum air, kebiasaan menjilat bibir dengan air liur dan banyak lagi.


Untuk mengatasi masalah bibir kering atau pecah-pecah, beberapa langkah boleh dilakukan. Antaranya:

• Penggunaan lipbalm yang mengandungi pelembap dan pelindung dari sinaran matahari.

• Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab bibir kering. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan bagi menjaga kelembapan bibir terutama bagi anda yang melakukan aktiviti seharian.

• Sebaiknya, pilih lipstik yang sesuai dan mengandung pelembap. Selain itu, pastikan juga anda segera membersihkan sisa lipstik sebelum tidur tidak kira sama ada bulan puasa mahupun hari-hari biasa.

• Untuk mencuci sisa lipstik tidak susah, memadai anda menggunakan berus gigi yang lembut dan scrub bibir untuk memberus bibir selama beberapa minit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tuala lembut yang dicelup ke dalam air suam untuk membersihkan bibir.

• Ketika membeli barangan kosmetik, perhatikan kandungannya terlebih dahulu. Pilih kosmetik atau lipstik yang mengandung emollient dan dari bahan semula jadi serta mengandungi pelembap.

• Membasahi bibir dengan kaedah menjilat bibir tidak digalakkan kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang dapat menyebabkan iritasi pada bibir sehingga bibir akan semakin kering.

• Jauhi gaya hidup merokok. Ketika bulan puasa inilah masanya untuk anda menjalankan misi untuk meninggalkan terus tabiat merokok. Selain mendatangkan kesan buruk pada kesihatan tubuh, bahan kimia yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan warna hitam pada bibir.

• Sebelum tidur, pastikan anda menyapu pelembap bibir pada bibir terlebih dahulu. Selain menggunakan pelembap bibir yang dijual, anda juga boleh menggantikannya dengan madu yang merupakan bahan semula jadi yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah dapat memberikan nutrisi pada bibir.

• Melakukan urutan pada bibir dengan menggunakan minyak zaitun Urutan akan membantu peredaran darah pada bibir lancar sehingga bibir tetap sihat. Anda juga dapat menggunakan minyak zaitun untuk sapuan pada bibir tatkala mengurut bibir anda. Dengan mengetahui penyebab masalah bibir kering dan pecah-pecah serta bagaimana cara pencegahannya, tentu akan dapat membantu anda melindungi dan menjaga bibir anda. Selain memiliki wajah cantik mempesona, bibir yang indah juga akan membuatkan penampilan anda lebih berseri biarpun ketika berpuasa.




Cantik di hati:
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah........

Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah........


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.


5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.


11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.


12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hiam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong


17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.


19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Friday, August 6, 2010

10 SiFaT CaLoN SUAMI YanG BaiK

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


p/s cik YB:moga cik YB dapat lelaki yang baik, hormat dan terima diri cik YB dan keluarga seadanya dan paling penting SETIA.