Friday, July 30, 2010

4 GoLonGaN YanG aKaN DiTaRiK WaNiTa Ke NERAKA

Golongan Pertama: AYAH
---> Apabila seseorang lelaki yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan setiap keperluan agama secukupnya seperti didikan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka tunggulah, golongan ayah seperti ini akan ditarik ke dalam neraka oleh anak perempuannya.

Golongan Kedua: SUAMI
---> Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan umum terutamanya kaum lelaki yang bukan muhrimnya, tidak menjaga auratnya dengan sempurna. Walaupun suaminya seorang yang alim (menjaga solat, tidak pernah meninggalkan puasa), maka lihatlah di akhirat kelak, mereka ini akan ditarik ke neraka oleh isteri mereka sendiri.

Golongan Ketiga: ABANG-ABANGNYA
---> Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja, manakala adik perempuannya jauh melencong dari ajaran Islam, tunggulah... di akhirat kelak, adik-adik perempuan merekalah yang akan menarik mereka ke neraka.

Golongan Keempat: ANAK LELAKINYA
---> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dalam Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan sahaja tarikan daripada ibunya.


Lihatlah...betapa hebatnya (atau lebih sesuai disebut dahsyat) tarikan seorang wanita. Bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yang bergelar AYAH, SUAMI, ABANG dan ANAK LELAKI...u'all haruslah memainkan peranan u'all dengan sebaiknya.


"HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRIMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DI MANA BAHKAN BAKARNYA ADALAH DARIPADA MANUSIA DAN BATU-BATU ..."


Wahai insan yang bergelar WANITA, kasihankanlah ayah, suami, abang-abang serta anak-anak lelaki u'all. Kasihankanlah merka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH dengan sebenar-benarnya. Jauhilah laranganNya...

Friday, July 23, 2010

10 RaHSiA CinTa

1. KEKUATAN BERFIKIR
-
--> Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. KEKUATAN UNTUK MENGHORMATI
---> Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut tanya pada diri kita sendiri "Apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri, "Apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. KEKUATAN UNTUK MEMBERI
---> Jika kamu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat?".

4
. KEKUATAN PERSAHABATAN
---> Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan tapi lebih bererti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. KEKUATAN DARI SENTUHAN
---> Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama ISLAM melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. KEKUATAN UNTUK MELEPASKAN
---> "Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk diri sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku~hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. KEKUATAN DALAM KOMUNIKASI
---> Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan tiga kata magik: "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

8. KEKUATAN DARI KOMITMEN
---> Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh ceria, kamu harus SETIA dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang kuat.

9. KEKUATAN SEMANGAT
---> Semangat membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar bukan hanya datang dari daya tarik fizikal tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh semangat.

10. KEKUATAN DARI RASA PERCAYA
---> Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu,tanyalah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?". Jika jawapannya adalah 'tidak', maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

p/s cik YB:cintailah 0rang yang mencintai kita kerana cinta itu membuatkan kita setia pada cintaNya...

Friday, July 9, 2010

7 JeNiS CinTa MeNuRuT aL-QuRaN







1) Cinta al-Mawaddah (Penuh Kasih Membara)
---> Cinta al-Mawaddah adalah jenis cinta menggebukan, membara dan mekar. Orang yg memiliki cinta jenis ini mahu selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak boleh melihat cinta yg lain.

2) Cinta ar-Rahmah (Pengorbanan)
---> Cinta ar-Rahmah adalah jenis cinta yg penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia melindungi. Orang yg memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan orang yg dicintainya berbanding diri sendiri. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai talian darah terutama cinta orang tua terhadap anak dan sebaliknya.

3) Cinta Kulfah (Mendidik)
---> Cinta Kulfah adalah jenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yg positif meskipun sulit. Menerusi didikan itu lahir pekerti yg rajin dan berdikari. Jenis cinta ini disebut di dalam al-Quran ketika menyatakan bahawa ALLAH SWT tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi manusia yg mandiri.

4) Cinta al-Mailu (Tidak Keruan)
---> Cinta al-Mailu adalah jenis cinta yg bermusim dan tidak keruan. Sifat cinta ini adalah sementara membara sehingga tertimbus seluruh perhatian terhadap hal-hal lain. Cinta jenis ini di dalam al-Quran disebut dalam konteks orang berpoligami di mana ketika jatuh cinta kepada yg muda lebih cenderung mengabaikan kepada yg lama.(an-Nisa ayat 129)

5)Cinta asy-Syaghaf (Mabuk Asmara)
---> Cinta asy-Syaghaf adalah jenis cinta yg sangat mendalam, membuta-tuli dan memabukkan. Orang yg diserang cinta jenis syaghaf menjadi seperti orang gila, lupa diri da hampir-hampir tidak menyedari apa yg dilakukan.

6) Cinta Ra'fah (Dayus)
---> Cinta Ra'fah adalah jenis cinta yg menimbulkan rasa kasih yg dalam sehingga mengalahkan norma-norma kebenaran. Suami yg kasih kpd isteri sehingga sanggup membiarkan isteri berbuat dosa. Ini adalah cinta dayus. Al-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan manusia agar janganlah cinta ra'fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum ALLAH dalam hal ini menjurus dalam hukuman bagi penzina. (an-Nur ayat 2)

7) Cinta Shobwah (Syahwat)
---> Cinta Shobwah adalah jenis cinta syahwat yg buta dan cinta yg mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak.



Sumber: Kompas Cinta

Friday, July 2, 2010

TiGa GoLonGaN uMaT Di AkHiR ZaMaN

RASULULLAH SAW bersabda:

"Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah ALLAH dengan ikhlas, satu golongan menyembah ALLAH dengan riak dan satu golongan beribadat kepada ALLAH dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala ALLAH mengumpulkan mereka di hari kiamat, ALLAH bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, "Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu? "Maka dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia." Allah berfirman, "Tiada memberi manfaat apa yang telah dikumpulkan." Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian ALLAH bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak. Allah berfirman,"Tiada satupun yang sampai kepadaKu." Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian ALLAH bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu." Allah berfirman, "Benar hambaku. "Dia pun dihantar ke syurga"


(HR Thabrani)



Sumber: 111 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita Solehah