Wednesday, June 30, 2010

CiNTa BaRu, DaTanGLaH...!!!

Lazimnya, berat bagi seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta. Apabila cinta yang sudah lama dijalin menemui titik penghujung sudah pasti memori indah bersama berbekas di dalam ingatan.
Namun, kehidupan harus diteruskan dan setiap wanita masih berhak untuk mengecapi nikmat cinta.

---> Tip bagi membantu wanita yang ketika ini berhadapan dengan situasi kekecewaan, namun dalam masa yang sama mengharapkan cinta baru.



Jadi diri sendiri
---> Sewaktu bertemu jejaka baru yang diminati, anda mungkin terdorong untuk menjadi seseorang yang 'bukan' diri anda yang sebenar. Anda boleh mengambil tindakan itu jika ia memberi kesan yang baik. Tetapi jika tindakan itu dilihat keterlaluan, mungkin ia akan membuatkan si dia berasa kurang selesa.

Jangan paksa cinta
---> Menjalin hubungan cinta atas dasar paksaan atau sebaliknya merupakan ekspresi daripada perasaan anda yang terlalu inginkan seseorang hadir dalam hidup. Beri masa untuk anda mengenali diri sendiri dan cuba fahami kemahuan yag diimpikan. Jangan menaruh harapan pada seorang jejaka sahaja (memandangkan anda sendiri tidak tahu status perasaannya terhadap anda). Ambil peluang untuk mengenali lebih ramai jejaka untuk elak sejarah lama berulang.

Santai dan tenang
---> Sebahagian besar lelaki tidak selesa dengan wanita yang bersikap agresif, manja berlebihan, mengongkong dan suka ambil tahu hal orang lain. Belajarlah bersantai dan bertenang dalam apa jua keadaan. Jika anda melakukan perkara yang bersifat telus, pasti si dia akan menghargainya. Ingat, kebanyakan lelaki akan mencari teman yang boleh membuatkan hatinya tenang.

Perbezaan komunikasi
---> Sukar bagi lelaki memahami bahasa tubuh yang dikirim seorang wanita. Kesamaran bahasa tubuh seperti senyuman akan membuatkan si dia tidak yakin dengan diri anda sekaligus membuatkan hatinya tertanya- tanya mengenai keikhlasan anda.

Jiwa yang telus
---> Kata orang, wanita mencari pasangan untuk mengisi kekosongan fikiran dan melengkapkan kehidupannya. Lihatlah diri anda dan tanya mengapa anda memerlukan cinta si dia. Jika anda inginkan satu perhubungan yang selesa, pastikan jiwa dan fikiran berada dalam keadaan yang normal.

Jangan menduakan cinta
---> Tiada seorang pun yang inginkan dirinya dipermainkan. Jangan melayan perasaan takut bahawa anda akan dipemainkan. Jika anda tidak serius dalam percintaan, segera putuskan ikatan cinta. Sebaliknya, jika anda menyenangi dirinya, si dia akan segera menghormati diri anda.

Jaga tingkah laku
---> Antara perkara penting bagi golongan Adam ialah mereka tidak selesa berada dalam kelompok wanita yang sering menimbulkan masalah. Jangan takut untuk membantu si dia meningkatkan harga dirinya. Lelaki sama seperti wanita iaitu sering berasa tidak aman dalam kebanyakan situasi hubungan.

Beri pujian
---> Lelaki senang menemui wanita yang memiliki kesempurnaan yang sejati. Mereka akan menghargai pujian yang diberikan. Lebih-lebih lagi daripada teman wanitanya. Bagaimanapun, jangan melakukanya dengan cara berlebihan. Jika dia belum berminat terhadap anda, jangan terlalu nekad mengharapkan cintanya. Sebaliknya, jadilah diri sendiri.

Hormati diri sendiri
---> Jangan ragu-ragu untuk mengatakan 'tidak'. Jangan cuba bertahan walaupun anda tahu anda tidak mampu.

Batas hubungan
---> Jangan menunjukkan diri seolah-olah anda ingin sentiasa dekat dengannya. Ingat, lelaki juga memerlukan ruang untuk dirinya 'bernafas'. Anggaplah mereka juga mempunyai kehidupan peribadi sendiri.




p/s cik YB: Ambil peluang untuk mengenali lebih ramai jejaka untuk elak sejarah lama berulang dan PERCAYAlah anda akan memperoleh CINTA yang sejati walaupun buat kali kedua.