Friday, July 30, 2010

4 GoLonGaN YanG aKaN DiTaRiK WaNiTa Ke NERAKA

Golongan Pertama: AYAH
---> Apabila seseorang lelaki yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan setiap keperluan agama secukupnya seperti didikan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka tunggulah, golongan ayah seperti ini akan ditarik ke dalam neraka oleh anak perempuannya.

Golongan Kedua: SUAMI
---> Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan umum terutamanya kaum lelaki yang bukan muhrimnya, tidak menjaga auratnya dengan sempurna. Walaupun suaminya seorang yang alim (menjaga solat, tidak pernah meninggalkan puasa), maka lihatlah di akhirat kelak, mereka ini akan ditarik ke neraka oleh isteri mereka sendiri.

Golongan Ketiga: ABANG-ABANGNYA
---> Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja, manakala adik perempuannya jauh melencong dari ajaran Islam, tunggulah... di akhirat kelak, adik-adik perempuan merekalah yang akan menarik mereka ke neraka.

Golongan Keempat: ANAK LELAKINYA
---> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dalam Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan sahaja tarikan daripada ibunya.


Lihatlah...betapa hebatnya (atau lebih sesuai disebut dahsyat) tarikan seorang wanita. Bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yang bergelar AYAH, SUAMI, ABANG dan ANAK LELAKI...u'all haruslah memainkan peranan u'all dengan sebaiknya.


"HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRIMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DI MANA BAHKAN BAKARNYA ADALAH DARIPADA MANUSIA DAN BATU-BATU ..."


Wahai insan yang bergelar WANITA, kasihankanlah ayah, suami, abang-abang serta anak-anak lelaki u'all. Kasihankanlah merka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH dengan sebenar-benarnya. Jauhilah laranganNya...

No comments:

Post a Comment