Sunday, October 17, 2010

Tip Menghadapi Pasangan Yang Lebih Muda

Bercerita Sesuatu Yang Matang
--->
Lelaki muda biasanya dilihat tidak matang. Lebih ketara lagi kalau si wanita berusia 30-an dan pasangan masih di usia 20-an. Sebenarnya menjalin hubungan dengan lelaki muda ada kalanya mendatangkan beberapa masalah kerana mereka biasanya masih keanak-anakan. Justeru itu, kalau berbicara dengannya, berbicaralah dengan matang. Bincangkan topik yang boleh membuatnya mengutarakan pendapatnya dan bukan dia hanya mendengar sahaja.


Biasa Berlaku Perbezaan Pendapat

---> Wanita seringkali mendambakan lelaki yang mampu memberikan mereka perlindungan dan kasih sayang. Ini yang mereka cari dalam sebuah perhubungan. Wanita mencari sebuah perhentian yang mana mereka berasa selamat untuk didudukinya, bukan yang mudah karam atau tenggelam.

---> Namun lelaki muda biasanya jarang membincangkan soal perkahwinan kerana belum bersedia menamatkan zaman bujang. Malah anda juga mungkin sering berbalah pendapat khususnya dari cara pemikiran, pakaian, hobi dan sebagainya. Sebagai wanita, anda perlu matang dalam menghadapi perkara ini sekiranya mahu menyelamatkan sesebuah perhubungan. Tetapi kalau sudah asyik berbalah pendapat, fikirlah sebaliknya kerana anda bukan mahu hidup sehari dua dengannya tetapi selama-lamanya.


3) Buktikan Kemampuan

---> Soal cinta, jodoh pertemuan adalah urusan ALLAH. Tidak salah jika pasangan anda lebih muda asalkan anda tahu cara untuk mengemudi sebuah perhubungan. Memang anda akan menjadi bahan bualan masyarakat yang mungkin mempertikaikan kemampuan anda untuk melayari sebuah perhubungan. Sebagai wanita anda perlu buktikan bahawa anda adalah yang terbaik. Umur sekadar angka yang paling penting ialah bagaimana pemikiran anda.


4) Lupakan Kisah Lama

---> Apabila anda memilih pasangan yang lebih muda bermakna anda perlu melupakan kawan-kawan sebaya. Tapi itu bukan beerti anda harus memutuskan semua perhubungan dengan rakan dan jangan pula terikut dengan cara pemikiran mereka yang masih muda. Pilihan sebenarnya di tangan anda, kalau anda bersedia untuk hidup dengan dia yang anda sayangi, bermakna anda harus berkorban sebahagian mereka dalam hidup. Ini kerana alam perkahwinan adalah perkara seumur hidup dan bukan main-main.


Sebenarnya bila menyentuh tentang soal kasih sayang, ia tidak mengenal batas. Sebab itulah kita melihat ada suami yang berusia 60-an dan isterinya 20-an. Walau pun orang mungkin kata ia berkaitan soal harta tetapi inilah dinamakan JODOH.

Begitu jugalah halnya dengan lelaki muda dan pasangan lebih berusia. Hidup ini umpama maraton, ia sebuah perjuangan untuk menang. Sama ada anda berlari laju atau perlahan, matlamatnya adalah untuk sampai ke penghujung. Suka atau tidak, anda yang menentukan hala tuju anda sendiri. Tidak kisah soal usia, asal anda pandai mencaturnya.


No comments:

Post a Comment